Nuffnang Ads

Monday, June 30, 2014

2nd Ramadan 2014

Alhamdulillah.. dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadat puasa untuk tahun ini.
Moga Ramadan lebih membawa keberkatan dan rahmat utk semua umat Islam.

Wednesday, March 20, 2013

28weeks

alhamdulilah.. sedar tak sedar, baby dah masuk 7 bulan. so far, semuanye ok. BP pun normal. berat badan pun naik dgn jaya = 68.4kg, yakni 1.1kg dlm masa 2 minggu .. compare ngan appt on 8 Mac, berat masa tu 67.3kg. fuhh.. kalo ikutkan, sekilo dlm masa 2 minggu nie. tapi takde lak kembang sana sini. perut je yg muncong ke depan. oh ya, appt kali ni husben yg antar. kebetulan dia amik cuti, katanye sakit kaki. tapi aku takde laa amik cuti pun, lain le plan nk cuti awal2. kalao tak, kan senang sket bley balik sesamer.. hishhhh.


ha, appt on 8/3 itu ari, dokte dah bagi time utk c-sect. katanye lepas solat jumaat on 31/5 @ 3pm. tapi bila aku balik umah dan berfikiran jauh ke depan ke belakang ke kiri dan ke kanan, ada baiknye c-sect tu dibuat pepagi mcm dgn ammar dulu. takde laa aku kena puasa sampai ke tghari, tu pun lom tentu leh mkn selagi tak kentut lepas operet tu..huhu! nak kentut bukan senang tauuu.. mau kelaparan tahap maksima! aku ngan selamba ckp kat Dato Nora, mintak buat operation pepagi jemahat tu ha. katanye, so far, takde org lagi lam list dia, tapi kena deal ngan Pantai Hospital lak pasni.. sbb nk kena booking kat sana. harap2 laa takde org operet pepagi tuu.. bismillah !...

Monday, November 19, 2012

11 weeks

hari ni ada appt kat Primanora. kalau ikut kiraan, minggu ni dah masuk minggu ke-11. syukur dpt tgk perkembangan baby yg bley tahan gak laa cepat membesar nie. compare ngan perkembangan ammar ngan adik dia ni, rasa2nyer mau gak sama besar ngan ammar waktu umo 11 minggu ni. Dato Nora tambah Proscal ngan Obimin Plus. alang2 dah scan, Dato terus bagi tarikh operation iaitu 31/5/13. emm.. pasrah je laa :) .. so next appt, 17/12.. till then, see u again, baby! :)


Thursday, November 8, 2012

turun lif gi skool

ni lah aktiviti si kecik ni kalo time nk gi skolah, abah dia antar. kalo ngan aku, takde nyer nak lepas lari sana sini . dgn beg dia lagi, ngan beg aku lagi.. berdukung jer laa.. ngan abah dia, lepas bebas laa jwbnyer (walopon suara suh duk diam tu kuat ya amat kan!)

check lif belah kiri

check lif belah kanan lak

apasal lambat sgt turun nie ?

ummi amik gambar ye !



Friday, November 2, 2012

makan time


ini lah yg jadik bila abah dia bagi makan. skrg nie taknak sgt mkn kalo aku suap. mesti wat pangai pusing sana sini. tapi kalo ngan abah dia, elok je makan. aku rasa sbb dia takut kena marah kot :P
oh ya.. lagi satu, Ammar dah start boleh pegang sudu. itu ari ticer pun cakap, kat skool dorang ajar guna sudu. padan laa asek nak suap sendiri jer (walopon tangan sua sudu tak jupe cari mulut)







Saturday, October 13, 2012

dont panic !

ok ! dont panic !
(oh no!)

result from Primanora on 5 Oct 2012
result from BNM clinic on 8 Oct 2012

Thursday, October 11, 2012

fresh ..


today Ammar dah 1 year 9 months old .. found this pic in one of my folders dlm pc .. gambar nie Jai snap masa Dato Nora tgh jahit tempat ceaser and nurses tgh cleankan ammar. :) love this pic !  cuma kena edit sket gambar nie sbb nampak anu .. malu laaaa nampak :P

~ Ammar - fresh from womb . ~


Tuesday, October 9, 2012

tunas kijang

Gabenor
Pelancaran Tunas Kijang
Jumaat, 5 Oktober 2012
 
Gabenor secara rasmi telah membuka pusat jagaan kanak-kanak korporat Bank dikenali sebagai Tunas Kijang Jumaat lepas. Dalam ucapan beliau, Gabenor menyatakan bahawa kanak-kanak adalah fasa yang paling penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana ini adalah apabila kognitif dan kebolehan pembelajaran kanak-kanak adalah yang terbaik.

Gabenor dan pegawai-pegawai kanan Bank mempunyai peluang untuk melawat pusat dan memerhatikan aktiviti-aktiviti rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak. Tetamu juga telah dihidangkan dengan persembahan pentas yang menarik oleh kanak-kanak tadika.

Tunas Kijang telah ditubuhkan dengan objektif menyokong usaha Bank untuk membantu pekerja dalam mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan peribadi. Kemudahan bertaraf dunia dilengkapi dengan program pembangunan bersepadu yang memberi tumpuan kepada pembangunan holistik kanak-kanak, sekali gus memastikan kanak-kanak lebih bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.


Ammar Aryan
Tunas Kijang memulakan operasinya pada 5 September 2011 dengan jumlah 158 kanak-kanak. Sehingga hari ini, enrolmen telah meningkat sebanyak 60 peratus kepada 252 kanak-kanak. Seramai 82 tenaga pengajar terlatih dan 20 pengurusan yang berdedikasi dan kakitangan pentadbiran menyokong operasi Tunas Kijang. Tunas Kijang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan kepada tiga kumpulan kanak-kanak:

Kumpulan Bayi (2 bulan - 24 bulan)
Kumpulan Kanak-kanak (2 - 4 tahun)
Kumpulan Tadika (4 - 6 tahun)


*terima kasih kepada google translation :)*

Thursday, October 4, 2012

83cm



See Umi ! Ammar dah big boy.. Ammar dah 83cm today !




Wednesday, October 3, 2012

friendship

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang boleh memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita merasai akan kesempitan hidupnya yang sangat-sangat memerlukan pertolongan kita, mungkin dari segi kewangan atau sebagainya. Pedulikah kita atau sekurang-kurangnya rasa simpati kita terhadapnya .Hanya sahabatnya lah tempat dia memohon bantuan dan pertolongan.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.