Nuffnang Ads

Thursday, September 13, 2007

Hari Tenang ku

hari ini bermulanya Ramadan, bulan penoh keinsafan..bagi aku, puasa kali ini tiada beza dgn puasa sebelum ini cuma situasi je yg berlainan. jika tahun lepas aku berpuasa di KL (seorang) tapi tahun ini aku mulakan Ramadan bersama keluarga. emm..cuti seminggu dah makin berlalu. minggu depan, bermula semula rutin hidupku seperti biasa. harap2 semuanya akan kembali normal. dan aku sendiri, moga makin ceria dan tenang ini kan berpanjangan..

kepada mereka yg pernah ku sakiti dan kasari samada mental atau fizikal, salam Ramadan .. moga hidup ini makin tabah dan kita semua kan dewasa bersama waktu. perlu kekuatan dalam diri namun hidup mesti diteruskan.

kepada seseorang, terima kasih kerana masih sudi lagi melayan panggilan dari ku.. ya, aku betul2 tenang skrg. dan aku harap, ketenangan ini akan sentiasa bersama hati ini.

kepada teman, terima kasih kerana masih setia bersama persahabatan ini. moga masa depan kan cerah utk meniti usia..

No comments:

Post a Comment