Nuffnang Ads

Thursday, September 11, 2008

Edisi rumah

Arini aku nak bercerita sikit tentang umah aku. Simple je, umah bujang ler katakan. Barang lam umah pun tak banyak, kira yg ada ni basic2 jer laa.. nak citer panjang pun tak guna (takde idea neh). Tgk gambo dah laa..

Pandangan luar umah

gambar ni adalah dari umah aku yg berada di tingkat 9 (walhal no.umah aku bukan lah bernombor 9 yea..). cantik kan awan tuu..? aku suka kalo dah nak remang2 senja cuma yg tak best bila tgk keter yg ngah jem. sian kat dorang.. mesti umah dorang jauh2 kan? dah laa letih lik keje..

Ruang tamu


set ruang tamu nie aku beli kat Cavenzi dgn harga RM899 (sofa 2+3, coffee table, divider, book rack dan tv cabinet). sofa ujung 2 seater tu pemberian dari Ana yg mana telah dihangkut dari umah sewa. kat ujung kanan tu, sangkar Ben yg mana telah dijadikkan penghalang utk aku kluar masuk ke balkoni.. cisss! ni pun aku tak abih kemas lagi memandangkan buku2 dan jugak segala perhiasan blom dikeluarkan dari dalam kotak. nak kata takde masa nk kemas, mustahil laa.. tapi aku tau, aku yg malas.. hahahahahaa...!

Meja makan

dining table merangkap meja makan nie juge aku beli kat Cavenzi dgn harga RM499. aku pilih yg nie sbb selesa nak duduk (almaklumlaa.. aku kan tinggi extra, jadik selesa blakang aku neh). carpet kat bawah tu mmg dah lama beli cuma dulu aku kasi adik aku guna hah.. abaikan yg atas meja tu sbb tu ialah jajan utk waktu2 lapang ketika menonton tv.. ewahh!

Lorong tengah

lorong tengah yg menuju ke bilik2 ni aku biarkan kosong jer. perancangan aku nk letak bingkai2 gambar aku n org keliling aku, cuma skrg aku biarkan dulu mcm nie. lagipun Ben suka kejar aku kat sini. so, takde ler aku terlanggar apa2 kan...

Pokok hasil tanaman

hobi aku cam biasa laa.. menanam pokok dan kali ni aku tanam pokok sayur laa.. haa.. lam pasu atas tu, pokok kangkung. yg tgh yg takmo idop tu, sepatutnye pokok asparagus tapi aku rasa tanah tu tak seswai kot utk pokok tu. jadiknye bakal jadik tapak semaian pkok kangkung laa jugak.. dan yg paling bwh nie pokok kailan.haa.. aku tak tau laa sebesor mana pokok2 neh le tumbuh. harap2 Ben tak berkesempatan laa nak membelai pokok2 aku neh.. hehe!

Ben mama

dan ini dia Ben yg ektip, kucen kesayangan aku yakni kucen apartment no.14. hehehe.. kenapa dia bernombor 14? ada kisah disebalik tu.. ni laa teman aku kat umah ni. walopon aku takleh sembang2 ngan dia, at least aku tau, aku de kwn kat umah neh.. nak2 tgh2 malam.. kira wt teman laa Ben aku neh..

Gambar Tempelan - makan taim

ni satu2nye gambo yg sempat aku snap masa mak ngan adik2 aku dtg utk mengangkut barang.. umah masih kosong masa nie, mkn pun ala2 kat kg. hehehe.. tapi jgn marah, pinggan bunga2 tawww hadiah dari abg dan kakak ipar aku sempena umah baru.. hehehe!

Hadiah besdey dari Ana
and last but not least, nie adalah hadiah besdey dari Ana, iaitu perfum UCB (yg aku duk giler pakai masa beli kat London dulu rupanye ada jual kat malaysia - harga 2x ganda mahal!) beserta set mandian dia. perfum tu slamat aku taram hari2 wak gi keje tapi mandian tu sayang lak nak guna..errr.. leh simpan wat kenangan tak?

3 comments:

  1. lawa aaa umah nko.....
    aku sukeeeeeeeeeeeeeeeeeee... hehe..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hi, jika kerusi Meja makan nak jual second hand sila beritahu saya. thanks. yengshiow@hotmail.com

    ReplyDelete