

fyi: aku duk selang 5 kusi je ngan Yasmin, satu row oke...after movie, aku salam Yasmin congrats her and guess what! salam pelok compipi okeee.. hahahaha!!

http://www.talentimethemovie.com/index.asp
Sinopsis dan juga Komen aku : Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
--> Cikgu yg nak ngorat cikgu Adibah tu amat sporting, klakar dia menjadik. part last bila Cikgu Adibah kata dah de org istimewa, dia blah sambil tinggal kentut! ampeh!!
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.
--> watak Hafiz (hero cite Muhsin) nie mmg best, nak2 taim dia guna buah dadu masa exam. aku ingatkan tul2 ler guna dadu (errkk, cam penah wat je masa skolah), rupa2nye dia compare jawapan dia ngan jawapan guna dadu. he's a brilliant student!
Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
--> kisah pakcik Mahesh nie sedey. owh ye, Mahesh nie pekak dan bisu orgnye.. cute guy, aku jupe in person ..cuma rambut tu sila oter oke.. dan jugak Kahoe yg ala2 mcm LeeHom.. ewahh!!
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri.
--> taim Mahesh kena pukul tu mmg tragis .. ayat2 yg dia guna tu, errr.. leh wat aku genang air mata.. bley??? tapi, dah de yg sok sek sok sek seblah aku.. sapakaH??
Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai..
--> mlm Talentine tu, persembahan Hafiz & Kahoe amat besttt!! nak tau ngaper? sila tonton Talentime..
Rating: keseluruhan citer nie aku bagi 7/10. good job!
No comments:
Post a Comment