Nuffnang Ads

Saturday, April 25, 2009

Bohsia

wayang time! ehem ehem... tayangan BOHSIA di GSC Midvalley, 2.00pm ini adalah ditaja oleh inchik Maleng yea.. awal2 lgi dia da book tiket online. beria ajak aku tgk.. maka yg demikian, aku pun takdak hal laa kan, lantas menemani beliau (walhal aku pun mmg nk tgk!) . sampai kat dpn mikveli, kena dropkan inchik Maleng terlebih dulu sbb dia nak kena amik tiket cepat2. takot kang aku lambat nk naik, dah tak dpt nk tgk laa kan? dari parking motor, aku gegas2 laa naik. punyer ler ramai org beratur.muju beli online! fuhh.. disebabkan mcm aku da lapar (tak dan nak bekpes), sempat laa aku tapau jajan kat luor iaitu bebola ayam 4 cucuk, coke, es lemon tea with large pop corn! fuh.. abih makan cepat2 seblom tayangan kang tak feel lak tgk movie, tul dak?? penoh giler panggung! masa memula citer ok laa.. tapi.. ada satu part lam citer tu, yg paling2 sedih yg buatkan aku ngalir air mata tak henti2.. kenapa dan mengapa? hanya aku je yg tau........... sob! sob!!!

bagi aku, Syamsul (Pengarah) berhak diberi pujian sbb menampilkan 'true colors of Malay community' dalam citer nie. masyarakat yg terlibat dalam gejala mat rempit (itu dorang yg decide sirik, jgn salahkan mak ayah!).. tapi part bohsia tu, something happened in the past bring them to what they are today! (cam salah grammar je).. cite ni aku leh bagi 6/10.. ramai yg komplen citer nie cam menggalakkan gejala mat rempit tapi... bagi aku laa.. kalo dah nak merempit, tak perlu citer pon dorang rempit gak.. betol??.... pendapat org lain - lain laa kan.. TEPUK DADA, TANYE SELERA.. KENA TAHAN NGAN POLIS, BALAI JUGAK CERITA.. sekian!


cik kak mana tah yg ala innocent bagai tu..bole?
*abaikan 'keadaan baju yg agak muncit' kat pewut tu*


Sinopsis BOHSIA

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy dan Tasya yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya.

Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh. Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA

1 comment:

  1. kirim salam family kat kampung yek.

    harus kulihat Bohsia jugaaa...

    ReplyDelete