Nuffnang Ads

Wednesday, June 23, 2010

jodoh..

kata orang, jodoh pertemuan dan maut itu di tangan Tuhan.. itu betul! dan org yg tidak kita jangka selama ini berada di depan mata tanpa disangka itu adalah jodoh kita. dgn siapa kita akan bersahabat hingga akhir nyawa, dgn siapa kita akan habiskan usia, dgn siapa kita akan berjumpa di akhirat kelak.. dia adalah jodoh kita.. yea! aku satu ketika tidak percaya pada satu perkahwinan. perkahwinan bagi aku akan mengikat aku dalam satu 'perjanjian' selagi aku masih hidup. satu komitmen yg tidak boleh mengatakan TIDAK. dan kemungkinan perkahwinan juga akan berakhir penceraian! dan aku penah berfikir utk berkompromi dalam hal perkahwinan (mungkin masa itu akalku masih cetek). tapi aku bukannye seseorang yang membangkang poligami. itu diharuskan bagi mereka yg mampu dan bukannye jenis lelaki yg akan mengabaikan isterinye yg lain! jika sejenis itu, aku bangkang! mungkin selama ni jugak, aku amik mudah hal jodoh. bukan sekali dua aku penah bercinta. selama itu byk mengenalkan aku siapa mereka dalam hidup aku. mereka yg hanya mengenali aku dari fizikalku bukan dari hati aku. mereka yg byk membuat aku menangis kerana terlalu percayakan mereka. mereka yg telah menghilangkan diri aku yg satu dulu. mereka yg mementingkan diri dgn menipu aku! buat insan bernama Angah, Yon dan Maleng..(yea.. kali ini adalah kali terakhir aku menaip nama-nama ini ...) tahniah kerana kalian berjaya membuat aku berkorban sia-sia sepanjang aku bersama kalian..Allah itu Maha Kaya! Amin...

Dan kini setelah hampir 2 bulan, aku hidup sebagai seorang isteri. aku cukup bahagia dengan hidup bersama suami dan insyaAllah, aku bakal bergelar seorang ibu. Suami ini yg aku cari selama ini. Suami yg akan bertanya bila nampak wajahku muram. Suami yg dapat merasakan bahang yg aku tengah marah.. Suami yg dapat menjangka bila mana aku gembira.. Suami yg memberikan sepenuh perhatian pada diri aku sebagaimana yg aku inginkan selama ini..Suami yg akan mengesat airmata ku sambil menenangkan hatiku.. dan aku tidak mengambil masa yg panjang utk berfikir utk menjadi suri hidupnya.. krana aku yakin, dia memang jodoh untukku.. syukur ya Allah..!

No comments:

Post a Comment