Nuffnang Ads

Thursday, May 5, 2011

Al-Fatihah!

pagi ini aku ke ofis seperti biasa merempit. dah dua ari aku terpaksa folo moto yg 20km/j! huh!!! sampai di opis, tapau mihun goreng dan sambal kerang serta air teh tarik kat cafe. naik2 opis, belum sempat aku menjamah sarapan dan text suami mengatakan aku da sampai pejabat, aku dikejutkan dengan phone call dari Kak Faez HR. berita tentang kematian papa Ana! ya Allah ya Tuhanku! aku tak terkata apa, seakan tidak percaya dengan apa yg aku dengar. minggu lepas baru saja pergi melawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan. aku selongkar beg, cari hp! ada 2 missed calls dari ana pada jam 8.30am! ahhh!! ralat sbb taim tu mesti aku atas moto! cepat2 aku dail nombo ana, bertanya kesahihan berita kematian Papa. ya, mmg Papa telah meninggalkan dunia ini, meninggalkan anak2 dan isteri. ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah urusan akhirat Papa! lantas tangan ini mendail pula nombo suami memaklumkan berita sedih ini. suami meminta supaya aku bergegas pulang utk melawat jenazah di kuantan. dan tak pernah2 perjalanan dari bank ke rumah mengambil masa 10minit saja! sebelum tu aku dah maklumkan pada bos tentang berita ini dan aku amik emergency leave. pesanan untuk suami supaya amik ammar dari nursery!


tepat jam 10pagi, kami bergerak ke Kuantan. dalam masa yg sama, kakitangan dari HR sendiri seramai 7org (termasuk Suli) pun menuju ke kuantan dengan kereta bank. sekitar jam 1.50pm, kami sampai di IPD Kuantan. aku tak mampu untuk mengucap kata apa pada ana kerana aku tak tau apa yg patut aku ucapkan pada dia kecuali bersabar. di dalam surau, jenazah sedang dimandikan dan seterusnya dikapankan. ana kelihatan tabah melayan kaum keluarga dan kwn2 yg datang tapi aku tak sanggup melihat keadaan makcik! aku tak boleh bayangkan sekiranya aku ditempat beliau! org yg selama ini berjanji di hadapan kadi utk bersama dalam suka dan duka, sudah tiada lagi di dunia ini. aduhh! sedihh rasa hati! selesai solat jenazah, menunggu kedatangan Pak Busu dari melaka, aku bergerak pulang ke rumah ana. ammar dari tadi menangis, mungkin sebab dia tidak sehat dari minggu lepas. cuaca amat panas. dalam jam 3.45pm, ana text memberitahu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan. aku tidak dpt pergi! lagi sekali ralat di hati! awan mendung diluar, aku jangka pasti ribut. dan tak dijangka2 hujan yg luar biasa berserta kilat guruh turun tepat jam 4.15pm. cuaca sebegini amat terasa sedih pada keadaan menerima kematian dlm keluarga. hampir jam 5pm, ana pulang dari pengkebumian. airmatanya jatuh. katanya pengkebumian berjalan lancar! aku tau rasa kehilangan itu walaupun aku bukan ditempat dia. hanya doa mampu dikirimkan utk arwah disana. sebelum pulang ke kl, aku telah meminta salinan surat kematian papa utk suami. ammar menangis tak henti2, mungkin ammar dapat nampak bayangan arwah Papa di dalam rumah .. mungkin...! dan kami bergerak pulang ke kl jam 8mlm dan sampai di umah jam 11.30pm. esok kerja.

alhamdulillah, semuanya sudah selesai. mengenali ana adalah seperti mengenali keluarganya. ya, keluarganya dah seperti keluargaku juga. Alfatihah buat Arwah Papa. semoga Papa ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin! buat Makcik, Ana, Wani & Ira, semoga kalian tabah menghadapi kehilangan ini. meskipun aku bukan darah daging kalian, tapi aku tetap terasa kehilangan Papa. banyakkan berdoa dan bersedekah bagi pihak Papa. semoga Papa selamat di sana. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin

(gambar ini sewaktu arwah menghantar kami ke KLIA utk ke London pada tahun 2006)

No comments:

Post a Comment