Nuffnang Ads

Friday, August 5, 2011

Ramadhan - Day 5

ari ke-5 Ramadhan. pagi ini tersentuh hati dengan kejadian di depan mata. kejadian ini terjadi betul2 ketika keluar lift ketika mahu menghantar Ammar ke nursery. Nun di ceruk sana, terpandang 2 org kakak cleaner sedang mengeluarkan plastik sampah dari tong hijau. dibukakan plastik sampah dan mengeluarkan sesuatu. bekas plastik lutsinar yg berbaki sisa makanan itu diketuk-ketuk lalu dimasukkan ke dalam satu bekas yang bersih. pada fikiranku, mungkin itu bakal menjadi bekas simpanan dirumah beliau nanti. terasa hiba dihati ini. bagaimana aku mengingati nasibku, rupanya ada lagi insan yang tidak bernasib baik.

moral dari kejadian ini : nasib setiap orang tidak sama, sama kita kurang atau kita terlebih..

1 comment:

  1. Insaf. Moga Allah tidak tarik rezeki, barkah dan hidayah-Nya kepada kita. Aamin...

    ReplyDelete