Nuffnang Ads

Friday, September 21, 2012

mendidik anak

pagi ni bos ada workshop kat sasana kijang sana. katanye nak gi terus tapi suda text managers nie kata akan masuk opis dulu. mujo segala out tray dia dah cleared awal2. just amik plain water taruk jer lam gelas, pahtu letak atas meja. senang kan! surat pun ada 2-3 keping jer yg dia cleared [lagi 5-6 keping tunggu jer laa]. dlm jam 9.30 baru bos masuk opis. actually workshop pagi ni dia yg akan present utk slot kul 11. ha.. semedang la sempat masuk opis dulu. dah pulak tu, tumbdrive tak bley read plak. tapi beliau relex jer. ada back-up lah kotnyer yer..

and bila bos dah gerak ke sana, ini laa masanye yg org panggil free time .. hahahah..! bley laa duk meng-google .. tergerak ati laa nak cari psl cara mendidik anak . found this blog which is a very good article to read . will try this to Ammar.. credit to the blog owner ! :) and enjoy your reading !


           Sudah agak lama saya tidak berkongsi cerita dan pengalaman di blog ini. Bukanlah bererti saya sudah melupakan terus teknik Nabi Muhammad dalam mendorong anak-anak didik atau kedua-dua buah hati saya itu.

Cuma waktu ini ialah waktu cuti sekolah. Pastinya  tidak memungkinkan saya berkongsi cerita tentang aplikasi teknik Nabi kepada anak-anak didik.Yang ada ialah cerita-cerita tentang anak-anak saya. Namun , tidak dapat pula saya berkongsi sebarang cerita berkaitan anak-anak.
Hari ini ada satu kejadian  berlaku di rumah yang menyentuh hati saya. Impak aplikasi teknik Nabi Muhammad yang membuatkan saya turut berasa terharu dan ingin berkongsi cerita di sini..
Cerita bermula ketika saya dan Tuan Suami balik dari pasar. Tentunya Izz sedang menunggu di rumah. Tuan Suami yang masuk dahulu ke dalam rumah sedang saya ada kerja di luar rumah. Tiba-tiba saya terdengar suara Izz menjerit atau lebih tepat sekali Izz meninggi suara @ menengking ayahnya. Spontan juga saya melaung memanggil Izz. Namun, Izz tidak menyahut panggilan mahupun datang menghampiri saya.
          Sungguh! Saya tidak tahu apa yang berlaku namun disebabkan mengenali Tuan Suami dan anakanda Izz, saya agak tentunya Tuan Suami bergurau dengan anak lelaki itu dan kesannya anaknya marah. Cuma kali ini, agak melampau juga tindakan Izz yang memarahi ayahnya sehingga bertindak menengking ayahnya.

Apabila masuk ke dalam rumah, saya melihat Izz sudah duduk di atas sofa. Mukanya masam mencuka. Tuan Suami pula berada di dalam bilik. Saya pasti beliau tidak menegur kesalahan Izz. Sebab selepas Izz menjerit, tiada pula kedengaran suara ayahnya berkata apa-apa.
Saya duduk di atas lantai dan memandang anak saya itu. Izz tidak mengangkat muka namun mulutnya terkumat-kamit. Nampak sangat dia masih marah dan tidak berpuas hati. Saya hanya memandangnya buat beberapa ketika dan tidak berkata apa-apa.


Saya juga tidak menyiasat kesalahannya. Saya tidak bertanya,
“Kenapa kamu menengking ayah?(SALAH)
            "Kenapa kamu tidak hormat kepada ayah?" (SALAH)
"Kenapa mahu marah-marah kepada ayah?" (SALAH)


Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan.
Dalam hadith rujukan: '12 Malaikat',


Anas melaporkan, pada  suatu hari ada  seorang lelaki datang dan  dia   terus masuk barisan  orang-orang yang  sedang sembahyang, dengan   nafasnya  termengah-mengah  kerana  terkocoh-kocoh mengejar waktu   sembahyang,  sambil membaca   'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban   mubarakan fih.' Selepas   selesai sembahyang, Nabi Muhammad  bertanya,  “Siapakah  tadi yang   mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang  yang ada  diam sahaja,  tidak   seorang pun menjawab. Nabi Muhammad  bertanya  lagi, “Siapakah  tadi yang   mengucapkan kata-kata itu?  Sebenarnya dia  tidak mengucapkan  sesuatu  yang  berdosa.” Lalu seorang  lelaki  berkata, “Tadi saya datang  dengan   termengah-mengah, lalu saya   ucapkan kata-kata itu.” Kemudian,  Nabi   Muhammad berkata, “Sungguh,   saya nampak 12 orang malaikat  berebut-rebut   mengangkat kata-kata   itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan  Sahih  Muslim


Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna  'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'


Berdasarkan hadith ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan:
1. Lelaki itu datang lambat.
2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.
3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.

Nabi Muhammad tidak pula bertanya (menyiasat) :
"Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH)
"Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH)
"Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH)

Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu. Jadi, pendekatan dan teknik Nabi Muhammad ini  yang cuba saya aplikasikan ketika berhadapan dengan Izz yang melakukan kesalahan yang besar itu. Saya tahu agak sukar bagi sesiapapun yang bergelar ibu bapa untuk bersabar dengan tingkah laku anak-anak yang terkeluar daripada adab sopan dan budaya ketimuran kita. Apatah lagi andai berhadapan dengan situasi seperti saya. Betapa besarnya kesalahan Izz itu. Betapa besarnya dosa Izz kepada ayahnya. Namun, saya tidak menegur kesalahan Izz itu. Saya tahu Izz berasa dia tidak bersalah. Ayahnya membuatkan dia berasa marah dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Andai saya tegur kesalahannya, kemungkinan kesan negatif yang berlaku.

Dalam hadith 12 Malaikat, , seorang lelaki melakukan beberapa  kesalahan secara terbuka di dalam masjid semasa orang-orang lain sedang sembahyang:
1. Lelaki itu datang lambat.
2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.
3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.

Nabi Muhammad sama sekali tidak menegur kesalahan lelaki itu dengan berkata:
"Orang lain sudah mula sembahyang tapi kamu baru sampai." (SALAH)
"Perbuatan kamu itu mengganggu orang lain sedang khusyuk sembahyang" (SALAH)
"Apabila saya tanya, kamu tidak menjawab." (SALAH)

Di sebalik sikap Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan lelaki itu adalah prinsip 'menyelamatkan maruah orang yang melakukan kesalahan'. Apabila lelaki itu tidak ditegur oleh Nabi Muhammad dia tidak berasa  dirinya dimalukan di hadapan orang ramai, dengan itu maruahnya tidak  jatuh. Saya juga tidak menegur kesalahan anak saya itu. Tidak pula saya berkata,
“ Mana boleh kamu tinggi suara kepada ayah kamu.?” (Salah)
“Perbuatan kamu menengking ayah merupakan satu dosa besar.(Salah)


Yang saya lakukan ialah memanggil anak saya itu. Saya meminta dia datang kepada saya yang duduk dalam jarak 1 meter daripadanya. Apabila Izz menghampiri saya, saya peluk Izz. Izz mendakap saya.

Ketika itu saya berkata, “ Seseorang anak tidak boleh memarahi ibu bapanya, apatah meninggikan suara kepada ibu bapanya. Perbuatan tersebut akan melukakan hati ibu bapa dan tindakan itu juga merupakan satu dosa. Seseorang anak tidak akan diredhai oleh Allah andai ibu bapanya tidak redha kepadanya.”

Kata-kata itu saya ucapkan satu persatu. Jelas dan terang sambil mengusap-usap belakang Izz. Mendengar kata-kata saya, pelukan Izz semakin erat. Dia tidak berkata apa-apa. Oleh sebab saya memeluk Izz, saya tidak dapat melihat reaksi wajah Izz. Saya hanya sedar kata-kata saya menyentuh hatinya apabila terdengar Izz menangis teresak-esak. Saya longgarkan pelukan dan saya intai wajahnya. Rupanya Izz menangis dan air matanya mengalir laju. Saya mengelap air matanya dengan tapak tangan tanpa berkata apa-apa.Saya dapat merasakan dia berasa bersalah kepada ayahnya. Saya pula yang rasa terharu atas reaksi yang ditunjukkan oleh Izz.

Memang, kalau saya tidak didedahkan dengan teknik Nabi Muhammad tidak menegur kesalahan, kemungkinan bukan sahaja menegur kesalahannya tetapi juga saya mungkin memarahinya atau menampar mulut Izz. Tindakannya memang melampau. Namun, saya ambil pendekatan tidak menegur kesalahan tetapi menerangkan kesalahan yang dilakukan. Saya juga tidak menghukum anak saya itu. Mungkin ada yang melihat tindakan saya seperti saya memanjakan anak namun saya melihatnya daripada sudut yang lain.

Nabi Muhammad tidak menegur kesalahan dan  Nabi Muhammad juga tidak menghukum kesalahan. Alangkan pemuda melakukan kesalahan yang  amat berat, iaitu bercumbu-cumbu dengan perempuan yang bukan isterinya pun  tidak dikenakan apa-apa hukuman oleh Nabi Muhammad .Nabi Muhammad bukan hanya tidak menghukum, malah beliau tidak melakukan perkara-perkara berikut kepada pemuda itu:
1. Tidak memarahi pemuda itu.
2. Tidak mengkritik sikap buruk pemuda itu.
3. Tidak menasihati pemuda itu supaya jangan mengulangi kesalahannya.
4. Tidak bertanya apa-apa soalan kepada pemuda itu berkenaan kesalahannya.
 Dalam peristiwa itu, apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad adalah menerangkan kepada pemuda itu cara yang betul bagaimana dia dapat menghapuskan dosanya.


Hadith rujukan: 'Romeo Bercumbu di Pinggir Kota'
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi   Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang   perempuan dari pinggir kota. Saya sudah lakukan semuanya, kecuali   bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka   hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahukan.” Saidina Umar  memarahi   pemuda itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau  kamu  menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi   Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi.  Nabi   Muhammad segera menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya datang  semula. Kemudian beliau membacakan kepadanya ayat ini: “Dan  dirikanlah  sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian  permulaan   malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu  menghapuskan   dosa   perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi  orang-orang   yang   ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di  situ   bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus  kepada   dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan kepada semua  orang?”   Nabi Muhammad menjawab, “Kepada semua orang.”  - Hadith ini dicatatkan dalam  koleksi hadith-hadith autentik yang direkodkan oleh Abu Daud.
Saya tidak memarahi Izz. Saya juga tidak menampar Izz. Saya hanya berikan jalan penyelesaian bagaimana Izz dapat menghapuskan dosanya. Kata saya, “ Seseorang anak harus sentiasa bersedia memaafkan kesalahan atau kesilapan ibu bapanya (dalam hal ini kemungkinan Tuan Suami juga bersalah kerana menyakat anaknya sehingga menguji kesabaran anaknya itu) dan dia juga harus meminta maaf kepada ibu bapanya atas kesalahan yang dilakukannya. Dengan cara ini Allah akan mengampuni dosa-dosa anak terhadap ibu bapanya. “Dalam esak tangisnya, Izz mengangguk kepala. Pada akhir bicara, saya berkata, “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa anak ibu ini.!”

Selepas itu saya mencium ubun-ubun kepala anak saya itu.  Apa yang berlaku, tidak lama selepas itu, Izz meminta maaf daripada ayahnya. Saya tidak tahu bila waktu Izz berbuat demikian. Saya  hanya  mengetahuinya apabila Tuan Suami yang memberitahu hal tersebut kepada saya.

No comments:

Post a Comment