Nuffnang Ads

Sunday, April 13, 2008

kursus kawin

Sabtu, 12 April 2008. Misi: kursus kahwin! haa... seawal kul 7am aku dah kena kejut bgn tido.. adoi laa.. mamai2 mata. kuar bilik iron baju kurung siap2 sbb aku nk kena gi Shah Alam. ari nie kena paksarela gi temankan suli ngan naim gi kursus kawen kat JAIS. siap2 sumer kluar umah kul 7.45 tpi nampak tren dpn mata jer gerak. adoi laa.. kena laa tunggu next train yg kul 8.00am. sampai shah alam dah kat kul 8.25, gegas2 carik teksi. mujo laa teksi senang nk dpt kat stesen komuter tu. sampai kat JAIS (tul2 dpn masjid shah alam), tgk kelas dah start. adoi laa.. terpaksa masuk ngan slamber carik tempat duduk. duk asing ngan suli sbb takde kusi yg dekat2. memula topik pagi tu ttg prosedur permohonan utk berkahwin. aku tulung laa catatkan utk suli tu hah. senang skit nanti. kalo ikut2kan, mmg banyak keje nk wat seblom nk jadik majlis akad nikah tu. kena gi sana sini gak nanti suli ngan naim tuu.. then rehat jap kul 10am utk minum pagi.. pas rehat, sambung lak topik pengurusan masalah dan stress dlm kehidupan suami isteri. emm.. topik nie memula aku ingatkan biasa je tapi ada satu part yg buat aku tersentap! psl per tu, ada laa.. cuma aku harap aku buat yg terbaik utk aku. hemmm... *sigh* ..ustaz yg present tu pun bagus cara penyampaian dia dan klakar gak. 2 jam tak rasa ngantuk pun sbb dalam lawak2 tu, ada gak pengajaran. dan telah membuatkan aku berfikir. yup, i need to do something for myself! membuatkan otak aku ligat dan aku dpt penyelesaian bagi segala masalah yg aku hadapi skrg.. then rehat kul 1-2 utk lunch/solat. kuliah sambung balik kul 2pm. dah kenyang2 neh, start laa mata aku mamai2. topik ptg tu lak, psl komunikasi yg berkesan dalam perkahwinan. ustaz yg present ni pun klakar, mebi takmo org ngantuk. siap contoh2 kes yg dorang hadapi lagi.. emm topik ni pun menarik gak, sbb tanpa komunikasi, satu perkahwinan tu akan menjadi hambar dan ada je yg tak puah ati. bagus topik nie secara global. even ngan org2 keliling kita pun. if kita tak berkomunikasi secara baik dan terbuka, rasanye kita akan asek memendam perasaan. ni bagus utk aku nih! :D.. dan topik last utk ari nie ialah psl aqidah dah ibadah dlm Islam. ustaz ni slo skit, suara pun slo dan aku nyer mata pun jadik slo. sempat laa aku swing2 paler lam kelas tu. hahahaha! tapi bila aku dah waras dan mata bukak luas, br laa aku sedar yg aku nie lemah bab2 agama.. adoi laa.. .banyak yg aku kena belajar balik, bukak buku2 panduan solat dan jugak kena banyakkan baca buku2 bab agama supaya aku tak lupa yg aku nie Islam. kelas abih kat2 kul 6pm dan gegas balik umah. mujo laa de teksi dan jugak komuter yg dtg tepat pada masanye. mata ngantuk toksah citer laa.. sampai umah, duk kemas2 bilik skit, aku bukak pc. layan lagu dan jugak layan cf jap. jap aku tu ada laa kat kul 12am gak dan trus laa aku tido ngan mata yg amat pedih skali :D... zzzzzzzzzzzzzz....

Ahad, 13 April 2008. Misi: 2nd day kursus kahwin. aku dah taim jam kul 6.45am utk bgn pagi. tapi disebabkan ujan kat luar, leh aku telajak ke 7.10am. bangun cepat2 capai okok sebatang br laa mandi. kuar umah kul 7.35 dan berlari2 laa aku sbb kejor komuter yg dah nk sampai kat belah sana. fuh, mujo sempat dan agak sempot laa jugak. :p .. sampai shah alam dah kul 8.15am, sbb kelas patutnye start kul 8am. lambat laa nie,sah! dpt masuk kelas kul 8.30am dan kelas dah start dah pun. fuh.. topik pagi nie psl pengurusan kewangan dan masa. then followed by topik pengurusan kesihatan. nie psl HIV laa, penyakit2 lain laa.. dan jugak de video yg tayang psl bersalin thru operation. fuh.. ngeri tgk eh! tetiba teringat lak kat mak aku taim neh. sbb betapa susahnye nak melahirkan anak dan anak tu lak adalah aku .. insaf jap! :( .. mata mainten lagi taim nie sbb topik nie menarik gak. dan de tips2 yg berguna bagi bakal pengantin utk bekalan seblom melangkah ke alam baru. kul 10.40am, rehat jap minom pagi. kelas start balik kul 11.05am dgn topik pengurusan talak dan perceraian. topik nie kalo penceramah dia ckp kuat2 mebi aku taklaa swing lagi skali.. tapi dah last2 tu, cerah lak mata aku. kul 1pm berenti rehat. sambung lik kul 2pm ngan topik last iaitu akhlak dlm rumahtangga dan bentuk hubungan dlm sistem kekluargaan Islam. ustaz yg present nie ialah org no.1 di dalam JAIS. overall, kursus nie mmg berguna utk bekalan bakal pengantin sebelum melangkah ke alam perkahwinan.. pada sesiapa yg lom pegi lagi tu, baik laa pegi. bukan setakat utk satu dokumen yg membolehkan korang berkahwin tapi juga utk muhasabah diri. cam aku neh.. :) ..

dan secara sahnyer ari nie, 13 April 2008, aku dah selamat memegang satu sijil yg melayakkan aku utk melangkah ke satu alam yg baru. dengan siapa tu, wallahualam.. cuma aku harap, org itu mampu membimbing aku ke jalan yg betul. ke jalan yg diredhai oleh Allah S.W.T. dan org itu boleh menerima aku sebagaimana aku sekarang dan bukannye aku yg dulu. andainya ada jodoh utk aku di dunia ni, aku mengharapkan sebuah perkahwinan hingga ke akhir hayat.. insyaAllah.. amin!

1 comment: