Acara Kemuncak Malam Bintang Mencari Bintang BNM 2008

Tahniah buat peserta yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Bintang Mencari Bintang BNM 2008. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dikalangan para peserta peringkat saringan, maka pihak penganjur atas persetujuaan Persatuan Kakitangan BNM telah bersetuju untuk menambah 2 peserta lagi ke peringkat akhir. Oleh yang demikian, peserta yang beraksi di malam akhir nanti ialah seramai 16 orang. Acara kemuncak malam Bintang Mencari Bintang BNM akan berlangsung pada hari Jumaat ini, 25 Julai 2008 pukul 8.00 malam di Auditorium BNM.
Apakah anda ingin menjadi juri? Ingin mengundi bintang kegemaran anda? Anda boleh berbuat demikian kerana pada tahun ini sekali lagi pihak penganjur telah mengekalkan satu kategori khas iaitu Kategori Bintang Paling Popular. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memilih hanya seorang daripada 14 peserta yang akan beraksi di malam final nanti. Dimaklumkan bahawa satu ID hanya layak mengundi untuk sekali/seorang peserta sahaja. Sekiranya anda telah membuat pilihan dan ingin menukarnya, anda boleh berbuat demikian untuk sekali sahaja. Undian dibuka mulai hari ini dan akan ditutup pada hari Jumaat, 25 Julai 2008 pukul 12.00 tengah hari.
Di sini, disertakan borang undian secara online (e-Survey). Selamat mengundi.
Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Malam Bintang Mencari Bintang BNM 2008. Berikan sokongan anda kepada rakan-rakan yang bertanding. Selain dihiburkan dengan persembahan para peserta, anda juga akan dihiburkan oleh artis-artis jemputan yang akan diumumkan kelak.
Keputusan Bintang Mencari Bintang BNM

(ana paling kanan sekali)
Sekalung tahniah buat semua pemenang Malam Bintang Mencari Bintang BNM 2008. Terima kasih kepada semua AJK, penyokong, pengundi dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan jayanya. Kepada warga kerja BNM yang hadir pada malam tersebut, terima kasih atas kehadiran anda semua bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Kakitangan BNM, Che Zakiah Che Din.
Berikut senarai pemenang Malam Bintang Mencari Bintang BNM 2008 :
KATEGORI LELAKI
Juara : Ahmad Fayzal Ayup (JPPA)
Naib Juara : Mohd Mahathir Mehat (PSM)
Ketiga : Mohd Suapi Che Shaffaii (IFSB)
KATEGORI WANITA
Juara : Shaza Marina Azmi (JPPK)
Naib Juara : Mariah Ma'amor (JPPA)
Ketiga : Hairunnisa' Hafni (JP3)
Persembahan Terbaik : Ahmad Fayzal Ayup (JPPA)
Bintang Paling Popular : Mohd Mahathir Mehat - 106 undi
No comments:
Post a Comment