Nuffnang Ads

Wednesday, July 30, 2008

quit smoking?

pagi nei sambil2 aku bukak utusan online, tetiba aku TERtengok laa article neh.. cam menarik gak, i shd try this. sbb nak berenti bukan mudah, tapi nak kurangkan tu.. err.. errr.. cam boleh laa kot.. :P


Bantu perokok henti tabiat buruk

APAKAH yang menyebabkan tabiat merokok sukar untuk dihakis? Ada pendapat mengatakan bahawa jika seseorang itu berada dalam keadaan stres, rokok boleh menjadi penawar untuk menghilangkan segala beban yang bermukim di jiwa.

Manakala, ada pula mengatakan bahawa rokok boleh menghangatkan badan apabila dilanda kesejukan yang melampau. Namun, sejauh mana pendapat ini benar hanya perokok sahaja yang mengetahuinya.

Setiap setiap batang rokok yang disedut oleh perokok akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan dan membawa maut.

Antara bahan yang terdapat di dalam rokok ialah tar, nikotin dan karbon monoksida. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di dalam tar mengandungi 43 bahan kimia yang menjadi penyebab penyakit kanser.

Nikotin pula terdiri daripada dadah seperti heroin, amfetamin dan kokain manakala karbon monoksida pula ialah gas beracun yang boleh menjejaskan bekalan oksigen ke tisu.

Antara penyebab utama mengapa perokok gagal untuk menghentikan tabiat merokok adalah kerana ketagihan dengan nikotin yang terkandung di dalam rokok.

Apabila seorang perokok menyedut asap daripada sebatang rokok, nikotin akan menyerap masuk ke dalam otak dalam tempoh beberapa saat sahaja dan bersatu dengan saraf pengesan nikotin yang kemudian akan mengaktifkan laluan saraf keseronokan.

Perokok kemudiannya akan menjadi serasi dengan kandungan nikotin di dalam badan mereka dan sebarang pengurangan tahap kandungan nikotin akan mengakibatkan ketagihan dan memberi kesan yang tidak menyenangkan.

Sehubungan itu, bagi membantu golongan ini untuk berhenti merokok, Pfizer Malaysia telah memperkenalkan tablet bagi membantu perokok menghentikan tabiat buruk tersebut melalui terapi dua fungsi yang menghalang kesan nikotin di dalam otak.

Champix merupakan sejenis tablet yang memiliki mekanisme tindakan unik yang membantu perokok berhenti merokok.

Tablet ini amat unik kerana ia telah direka khusus untuk mengaktifkan hanya sebahagian daripada saraf pengesan nikotin dan mengurangkan ketagihan perokok serta simptom akibat daripada pemberhentian pengambilan nikotin.

Di samping itu, ia juga dapat membantu mereka yang sedang cuba berhenti merokok dengan mengurangkan kitaran ketagihan nikotin.

Menurut Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Wong Kok Seng, ia merupakan penemuan saintifik yang pertama menjurus kepada rawatan pemberhentian merokok.

“Merokok membahayakan hampir kesemua organ dalaman badan dan merupakan punca kematian yang boleh dielakkan.

“Kini, ubat inovatif daripada Pfizer dapat membantu ramai perokok menamatkan ketagihan merokok mereka dan menikmati kehidupan yang lebih sihat dan menggembirakan,” katanya.

Menurutnya, Champix berupaya memberikan kesan yang mujarab bagi mereka yang benar-benar bertekad untuk berhenti merokok.

Melalui dua kajian yang telah dilakukan mendapati pesakit yang menerima rawatan terapi Champix selama 12 minggu, hampir empat kali ganda lebih cenderung untuk berhenti merokok daripada mereka yang mengambil plasebo dan buproprion untuk berhenti merokok.

Keputusan kajian ini membuktikan ia membawa kemajuan yang amat penting di dalam kaedah pengurusan pemberhentian merokok.

“Masih tidak terlambat untuk berhenti merokok. Mereka yang berhenti merokok sebelum mencapai usia 50 tahun, mengurangkan risiko kematian yang berpunca daripada penyakit yang berkaitan dengan merokok sebanyak separuh bagi tempoh 15 tahun yang akan datang berbanding mereka yang terus merokok.

“Perokok yang tidak berdaya untuk berhenti merokok melalui usaha mereka sendiri seharusnya mempertimbangkan rawatan dan bantuan perubatan ini,” tegas Dr. Kok Seng.

Katanya, kurang daripada tujuh peratus perokok yang cuba berhenti merokok melalui usaha mereka sendiri berjaya bertahan selama lebih setahun.

Kebanyakan perokok akan mula merokok semula hanya beberapa hari selepas cubaan untuk berhenti merokok.

Ia memerlukan lebih kurang lima ke lapan cubaan sama ada dengan atau tanpa rawatan sebelum seseorang itu berjaya untuk berhenti merokok.

“Satu program sokongan yang dikenali sebagai Quitting Championship telah dianjurkan bagi membantu pesakit menangani tingkah laku ketagihan nikotin,’’ ujarnya.

No comments:

Post a Comment