Nuffnang Ads

Friday, April 23, 2010

seminggu lagi...

lagi seminggu aku bakal bergelar isteri org. besar tanggungjawab yg akan aku pikul. selagi hayat ini masih ada, insyaAllah... tadi siang, seseorang bertanya adakah aku ready utk title ini. emm.. soalan ini aku jwb dgn tenang dan hati yg lapang. "saya akan kawin dengan seseorang yg boleh saya dengar ckp dia, yg boleh buat saya ikut apa yg dia ckp. org itu yg boleh mengubah diri saya " ... dgn jawapan tu, aku rasa cukup menerangkan bahawa aku ready utk perkahwinan ini. ikatan yg aku harap berkekalan hingga ke syurga. ye, aku ingin menjadi seorang isteri yg akan mencium bau syurga. selama ini aku dah byk berdosa pada diri aku sendiri dan pada Allah dan pada org sekeliling. berapa byk aku 'sakitkan' diri sendiri atas sebab benda lain! sudah tiba masa utk aku bina life baru bersama org yg akan bersama dengan aku ..! siapa dia, biar lah aku simpan hingga akhir hayat.. telah aku terima baik buruk dia.. kurang lebih dirinya.. apa2pun, aku doakan perkahwinan ini akan kekal.. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku nanti bersama suamiku... Amin!

No comments:

Post a Comment