Nuffnang Ads

Saturday, February 12, 2011

berkecil hati..

jam menghampiri jam 3pagi. mata ini masih belum mau lelap. fikiran ku bercelaru, berserabut! suami yg kepenatan melayan anak yg asyik meragam seharian baru saja melelapkan mata. kesian suamiku, tidak tidur semalaman semata2 tidak mahu mengejutkan aku dari tidur apabila anak menangis. maafkan aku atas ketidaksedaran ku mlm tadi. ya, tanpa dia, tak mungkin aku boleh melakukan semua ini. selagi boleh aku tau dia cuba utk tidak menyusahkan aku, tidak mau aku bersedih ..terima kasih wahai suami! dan semalam juga utk pertama kali aku memarahi anak kecil yg tidak tau apa2 ini semata2 atas panggilan telefon itu. anak yg tidak tau apa2 itu, ku cium pipi, ku cium dahi.. anak itu hanya mampu membalas dgn pandangan kosong.. maafkan umi, yea sayang! umi sedih, umi kecewa! kenapa 'mereka' buat mcm ni kat umi? ibarat umi ini tiada perasaan!? dan saat ini ku pandang wajah suamiku, ku pandang wajah anak ku.. secara tiba2 air mata ini deras menuruni pipi. ye.. hidup kita ini byk halangan, byk dugaan. bila kita happy, mesti ada ujian dariNya. sunyi pagi ini mengingatkan aku atas apa yg telah jadi. ya Allah, ampuni aku bila aku berlaku kejam dan zalim pada 'mereka'. maafkan aku bila aku terpaksa bertindak diluar jangkaan 'mereka'. biarlah aku digelar 'anak derhaka' sekali pun, aku redha! aku tau, satu hari nanti, bala akan menimpaku atas perbuatan aku ini. ya Allah, Kau kuatkanlah hati aku. jauhkan dari mereka yg ingin mengambil anakku! itu darah daging ku, darah daging suamiku! jauh di sudut hati ini, aku amat2 berkecil hati pada 'mereka' yg tidak memahami .. yg tidak cuba mengerti .. yg tidak memikirkan ati dan perasaan aku. betapa aku terguris dgn perbuatan 'mereka' yg mementingkan diri. betapa aku memendam rasa bila aku tidak mampu utk mengeluarkan kata balas. aku ini siapa? aku ibu pada anak itu! selama 9 bulan ku kandung dia, ku bawa dia dalam diri ini, belum keluar ke dunia lagi, sudah ada kedengaran ayat mau mengambil anak ini! sedih hati aku ya Allah!!! apakah mereka tidak berfikir tentang perasaan aku, perasaan suami ku! aduhhhhhhhhhh ya Allah... tergamaknya 'mereka'!!!

No comments:

Post a Comment